Friday 21 September 2012

Qada' dan Qadar ?

Assalamualaikum and happy happy always ! :) moga sentiasa dalam RedhaNya...

Eh? cik kiah dah datang? emph, bagus lahh cik kiah ooi ! blog ne dah bersawang bersarang segala dahh,-.- kesiannnnn...

Hari ni nak kongsi something, about the Qada' and Qadar..
apa itu ?
ehemm, bismillah...

Rasulullah pernah bersabda, 'Hendaklah kamu percaya kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab Nya, para RasulNya, hari akhirat dan beriman dengan qadar, iaitu ketentuan baik dan buruk. '

Qada' itu ialah pelaksanaan terhadap perkara yang Allah tentukan
Qadar merupakan sukatan yang mana Allah tetapkan pada satu-satu perkara?
tak faham?
let's rolling !

Qada' terbahagi kepada dua jenisnya, iaitu :
- Qada' Mubram : ketentuan yang pasti dilaksanakan, dan ianya tidak boleh diubah ataupun ditunda-tunda. sebagai contoh hari kiamat dan kematian.

- Qada' Mu'allaq : ketentuan Allah yang tidak pasti berlaku kepada semua, tetapi bergantung kepada sesuatu  perkara.

firman Allah yang bermaksud :

  • " Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisi Allah dengan kadar yang tertentu." (surah ar-Ra'd, ayat 8)



  • " Dan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu bagi menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna." (surah al-Furqan, ayat 2)

USAHA plus TAWAKKAL = REDHA

ramai yang beranggapan bahawa adanya ketentuan Allah yang menetapkan sesuatu perkara, maka mereka tidak perlu untuk berusaha. sebenarnya, Allah juga menetapkan bahawa manusia perlu berusaha dengan perbuatan mereka dalam mendapatkan sesuatu atau menginginkannya dan berdoa kepadaNya untuk mencapai hajat tersebut. mana mungkin Allah akan memberi sesuatu kurniaan tanpa usaha dan doa daripada manusia itu sendiri. walaubagaimanapun selepas sahaja mereka merasa yakin bahawa mereka telah melakukan yang terbaik dan berusaha dengan sedaya upaya, oleh itu mereka perlu pula untuk bertawakkal. tawakkal sangat penting dalam memastikan mindset dan juga hati kita sentiasa lurus dan benar. Ini bermaksud mereka perlu percaya dan yakin dengan qadar Allah adalah untuknya. samada Allah mengizinkan hajatnya mahupun tidak, mereka seharusnya menerimanya kerana tawakkal sentiasa bersama mereka.

Manusia hendaklah jangan sesekali menyalahkan takdir kerana itu merupakan ketentuan ataupun qadar daripada Allah. semua itu diluar pengetahuan manusia. Hanya Allah tahu apa yang sesuai dan terbaik untuk diri hamba-hambaNya.

Namun sekiranya mereka tidak mendapat apa yang dihajatinya, seperti dalam urusan jodoh selepas berusaha maka redha adalah jawapannya.


  • " Diwajibkan keatas kamu berperang dan itu bukanlah disukai oleh kamu. Tetapi, boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu. Dan, boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk untuk kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, manakala kamu tidak mengetahuinya." (surah al-Baqarah, ayat 216)



* sumber : Bahtera Menuju Syurga, Hilal Asyraf *

No comments:

Post a Comment