Thursday 15 March 2012

I want to smile forever :)

Aku akan pastikan apa yang aku buat hari ni akan membuatkan aku tersenyum untuk selama-lamanya,insyaAllah dengan izin Allah s.w.t..
bukan mudah untuk mengecapi senyuman itu.. Ia memerlukan 1001 pengorbanan.. xkira lah,fizikal, rohani, emosi       and lain-lain lagi..sesungguhnya aku hanya mampu merancang, namun Dia yang akan menentukan segala-galanya, takdir kita..

so, bila aku dikurniakan seorang manusia yang bernama hamba Allah dalam hidupku, aku menganggapnya sebagai satu ujian.. ujian untuk menguji tahap keimananku, semangatku, pengorbananku selepas ini, jasaku terhadap agama, untuk memantapkan diriku dan untuk menentukan adakah aku bakal tersenyum selepas ini.. dan akan ada mulut-mulut yang membicarakan mengenai ketidaksamaan antara manusia tidak akan mampu  mencipta sebuah senyuman pada masa akan datang.. Ya Allah aku sangat takut, bukan takut dengan keputusanku tetapi dengan pemikiran yang sering menular dalam diri sendiri dan juga orang lain.. Adakah benar akan terjadi begitu? adakah memang kami tidak dapat bersatu? atau mungkinkah terlalu awal untuk membicarakan mengenai hati dan perasaan ini? atau, sememangnya dua aliran yang bagai langit dan bumi x mampu bersatu?? wallahua'lam...

aku tidak akan berputus asa kerana orang yang berputus asa itu adalah orang yang senang dan cepat mendapat kegagalan ! samalah seperti menuntut ilmu,sesiapa yang bermalas-malasan dan mengharapkan rezeki jatuh dari langit mereka tidak akan mampu mencipta satu kejayaan sama ada di dalam peperiksaan ataupun tugasan.. Aku memang yang mudah berfikiran negatif, yer aku mengaku.. namun disebalik kenegatifan itu terselit beribu-ribu harapan,jauh di lubuk hati ini.. Aku hanya mampu berusaha dan bertawakkal..

kepada Mr.A keputusan saya adalah tetap dan tepat ! saya xmau mensia-siakan peluang yang ada,walaupun bukan mudah untuk mengawalnya, namun saya tahu Allah itu Maha Mendengar.. Dia akan bantu menguatkan hati dan iman saya yang lemah ni.. I need you to stand up straightly.. saya pun harap awk tidak mudah putus asa.. walaupun kita berbeza, ia akan menghasilkan sesuatu yang unik insyaAllah.. kepada keluargamu, diucapkan terima kasih.. :)

semoga hatiku dikuatkan dengan petunjuk dan hidayah dariMu ya Allah, aku bukannya seorang yang tinggi ilmunya, namun aku akan berusaha.. mempunyai inspirasi tidak mungkin akan membuatkan ku mudah lemah semangat..untuk sepanjang 3 tahun, aku akan cuba bertahan dan melaksanakan janji-janjiku..
semoga dipermudahkan segala urusan.. amin !