Sunday 10 June 2012

unforgettable EXPERIENCE (boleh ker bagitaw ne?)

Assalamualaikum semua :) tiara doakan moga sahabat tiara semua sihat walafiat hendakNya..

hari ne,nak retell my first horror experience *guna HORROR sebab memang naik bulu roma I* =_=
eheemmm, kejadian ne berlaku kt rumah opposite to my house jer, or lebih tepat it's my uncle's house !
yeah, and sangat-sangat bertuah jugak diri ne rasa sebab berpeluang 'meluaskan pengalaman' apabila melihat sendri dengan mata kepala ni haa..

my uncle's wife, dia actually ada masalah.. bukan datang dari dia masalah tu masalahnya, orang lain yang buat dia jadi macam tu, sebab apa? sebab dia yang paling sedikit lemah semangat among family diorang.. and biasalah orang cakap, kena buatan orang.. hantar 'makhluk jahat' ganggu family diorang, nauzubillah.. puncanya sebab sedikit iri hati from manusia, x puas hati tengok perniagaan my pakcik lagi maju dari kedai lain yang berderet-deret tu..hmm2 and kedai dia just 5min from our housing area, kena keluar cabang.. my pakcik punya isteri dipanggil dengan nama che'Da. an ustazah mengajar di Beris, asal kelahiran beliau.. so, nak dijadikan cerita.....................................


semalam, hari sabtu jam 9 lebih, aku and mak p rumah pakcik depan tu haa.. semangat nak pergi tengok, xtahu pulak macam ne, horror la jugak.. sebab HORROR tu lah rasa kuat sangat nak pergi, mula-mula ayah x bagi ikut sebab ayah memang x caya dengan benda-benda halus yang masuk dalam badan and buatan orang ne katanya..isk3 tapi lepas diyakinkan oleh mak sendiri, ayah terpaksa mengalah. tapi dengan syarat kena pergi keejjjaaaapppp jerr.. tapi last-last balik almost midnight dihantar oleh abang ipar depan cabang rumah sebab takut n xdak torchlight -______- mujur ayah x mengamuk sebab ada game bola kt tv,heeee..

abang ipar aku nekad nak cari sorang yang bole membantu dalam hal ni, so dia cadangkan nak p jemput kawan dia kat pengkalan chepa (jauh tuuuu) yang agak berpengalaman nak handle 'benda' ni macam mana.. silap handle buruk akibatnya, yer dak? kawan dia tu pun cikgu, baru bertukar ke sekolah menengah kok lanas, jauh kot ngn rumah dia...kesian
ustaz tu macam mana rupa dia? Masya Allah, mengucap aku dalam hati.. segak + muda sangat !!! korek punya korek rahsia dia, dah umur 47 wehhh.. ya Allah tuan macam umur 20+ serious sangat x tipu korang.. flawless sangat la muka dia -,- *duji* tapi mujur kulitnya agak putih, naseb baek aku x minat putih2 ne..lalala
sebelum start dia amik wudhu'. maka pengembaraan bermulaaa..............

nak dijadikan cerita, dia start dalam keadaan yang aku rasa seksa bagi diri dia, seakan-akan dia sedang berhempas pulas, tercungap-cungap, n selalu sendawa, merah muka and telinga ustaz tu.. main tarik-tarik pun ada aku rasa, tapi dia sedang buat per ek sebenarnya? maybe dia tengah cuba berinteraksi dengan makhluk yang melakukan kerosakan terhadap che'Da tu.. and YES maybe jugak jangkaanku tepat sebab after 10-15min dia 'menjadi' bukan dirinya iaitu dengan perubahan suaranya. suara ustaz tu yang asalnya agak lembut dan normal bagi seorang manusia bertukar menjadi bengis dan garau serta kasar ! mulutku time tu x habis baca ayat, ingat kt Tuhan Yang Satu, hanya Dia mampu melindungiku dan menjadi penolong..

suara dia sekarang menjadi kasar sebab iblis dipercayai memasuki badannya untuk menumpang bagi menjadi orang tengah antara manusia dengan makhluk lain. sebab tu jadi macam tu.. segala gerak-geri dan body language pon bukan macam ustaz tu dah.. he's totally lend his body to the devil. tujuannya agar manusia boleh berbicara and bertanya soalan yang mungkin penting pada masa itu. tapi of course la kan dah nama si iblis laknatullah ne xkan pernah bercakap baik, malah dia berjanji dengan 'tuannya' dan berpegang pada janji.. berdasarkan perbualan mereka, aku dapat bayangkan rupa jelmaan iblis tu, bersayap, muka seakan manusia, n berwarna agak hitam.. berada di tingkap, melihat dan 'menjaga' kedai pakcik aku dari mendapat segala keuntungan..pakcik aku pun cakap asal jaga jer kedai tu, dia akan mengantuk.. menurut komunikasi dalam bahasa kelantan itu, 'dia' kata dia akan berusaha mencucuk sesiapa sahaja yang masuk kedalam kedai pakcik aku dan meniupkan kepada mereka sesuatu supaya mereka akan keluar dari kedai..
but kadang-kadang dia rasa panas dan pedih.. sebab diorang ada letak ayat-ayat suci al-Quran yang seorang ustaz kampung aku bagi suh letak kt kedai tu..banyak sangat perkara yang mereka bincangkan, and benda tu sangatlah bersikap kurang asam (well, dah namanya iblis kan).. tapi part yang xley lupa dia cakap dalam loghat kelate and dia punya expression and body language buat aku ketawa pulakkk =,= agak2 normal x aku? bila orang dalam keadaan serius cakap pasal ne, aku gelak.. but trust me sangat lucu dialog benda tu dengan pakcik aku ! sampai aku fikir, aku mungkin menerima padah bila ketawakan 'dia'.. yela, mana tak gelaknya, ada part jejoget tanda perli.. bila pakcik tanya something yang dia xnk jawab, dia pun mulalah jejoget..

pastu ada lagi makhluk lain yang 'menumpang' badan ustaz tu,antaranya jin Islam dipercayai wanita yang masih kanak-kanak from kepulauan Jawa katanya dengan jin tanah iaitu penunggu asal tempat kedai tu dibina..
banyak sangat perkara yang seram and x kurangnya lawak -,- memang akan ada eh scene lawak dalam keadaan macam ne? ya Allah,ampuni aku..

but most horrornya yang komunikasi iblis dengan manusia tu lah..sampai x boleh tidur malam.wuuuu~~~
yang paling lawak pun sama, ada jugak dengan jin Islam tu..

ada satu part lawak pakcik aku sendiri dengan jin Islam, when pakcik aku sentuh dia sebab kan yang betulnya adalah ustaz tu,kan lelaki.. so easily dia p cuit sikit ustaz tu ala-ala gurau la kunun..
pastu dengan pantas jin pompuan tu cakap dalam bahasa indon and suara ustaz tu time tu lembut sangat2, dia cakap, 'jangan sentuh saya'........' and lagi dia sambung lebih kurang macam ne : 'kita kan bukan mahram, Islam tidak menganjurkan bersentuhan, berdosa....' pastu pakcik aku cakap 'oh,maafkan saya' then dia respond : 'maaf diterima' hehehe, comeyy sangat suara ustaz tu time tu memang bukan suara asal ustaz tu..

ya Allah sekali lagi aku mengucap... kuasa Dia sangat besar and Dialah Pemilik segala apa yang ada di langit and bumi dan diantara keduanya..




Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,
"sujudlah kamu kepada Adam!" maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.
-surah al-Baqarah : 34-




p/s : maaf if penceritaan kurang menarik dan memuaskan.. cuma nak share content of it.. :)


MORAL OF THE STORY :
: kita hanya mampu berusaha, tetapi Dia lah yang akan memutuskan samada usaha kita berjaya mahupun sebaliknya.
: hanya Dia yang mampu melindungi kita, oleh yang demikian banyakkan mengingati Allah yang Maha Esa memalui berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
: besarnya kuasa Dia, diciptanya bukan sahaja manusia, namun juga para malaikat dan segala makhluk lain seperti jin dan iblis serta syaitan dan semua tu ada tujuan yang tersendiri mengikut perancanganNya yang maha Mengetahui.
: ingatlah, keseronokan dunia ini hanya sementara.
: syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak akn diampunkan dosa hambaNya yang melakukannya.

Wallahua'lam :)
Assalamualaikum wbt wabarakallahufikum !

2 comments:

  1. plizz laa letak cbox,wahai tiara yang cantik lagi bekeng~huhu :D

    ReplyDelete
  2. bukan ker i dah letak ker? alama,ni mesti x jadik nehh huu

    ReplyDelete