Tuesday, 5 June 2012

Manusia dan Nikmat

Assalamualaikum w.b.t ~ :)
if tengok di kalendar di blog miss puek, dh masuk 15 Rejab 1433H x silap mata,hua3... dah berapa hari kita puasa sunat bulan Rejab ni? haaa, jom2 puasa lagi dan lagi ! yeay !

nak kongsi satu ayat :

Dan sungguh, akan Kami Isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka miliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). 
mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lengah...
-surah al-A'raf : 179-

banyak pengajaran boleh kita amik from ayat ni. ayat ni jugak citer pasal nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hambaNya iaitu antaranya hati, mata dan telinga. tu sumer dikira sebagai nikmat yang besar la kan? bayangkan if salah satu daripada organ (nikmat) tu ditarik, absolutely manusia jadi x sempurna terus,kan.. even ada la segala alat teknologi buatan US ker Russia ker Jerman ker, hang pa xley kalahkan ciptaan Dia punya lahhh :P otak kita limit untuk cipta benda-benda yang melampaui batas macam ni.. bagi yang berfikir : Allah Maha Besar :)

namun, segelintir or x mustahil kebanyakkan manusia yang hidup di atas bumi ni sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki, hanya sedikit sahaja yang selalu memuhasabahkan diri mereka perihal kekuasaan Allah tiada tolak bandingannya dan apa yang telah Allah berikan.. means in a simple saying manusia itu tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada mereka..

buktinya? lihat ayat atas. kita *guna kita pulak rujuk diri sendiri juga -_____-* diberikan hati tapi x gunakan dengan sebaik mungkin dengan meneliti dan memahami ayat-ayat Allah yang Maha Kuasa. contoh, jarang membaca kitab al-Quran, tazkirah-tazkirah yang dikeluarkan melalui media massa or mana-mana ceramah yang diadakan.. perlu diingatkan bahawa membaca al-Quran perlu disertakan dengan membaca & also memahami maksud ayat-ayat tersebut, tapi saya mengaku when I read those translation for the ayat kadang-kadang ada jugak yang x faham. so, tunggu apa lagi? itulah gunanya usrah.. dalam usrah sendiri ada buat tadabbur kan, so dari situlah kita diskus makna ayat-ayat tersebut.. kalau kita baca dan faham yang cuba disampaikan melalui firman Allah dalam kitab suci tu, x rugi kita malah sangat beruntung.. ilmu kita lebih meluas mengenai hukum-hakam agama, sejarah nabi-nabi dan segala tegahan dan juga perintahNya, Allahu besar manfaatnya if kita cuba mengambil setiap ajarannya..

wallahua'lam :)




Saturday, 2 June 2012

EXPLORE

Assalamualaikum w.b.t semuaaaaaa ^__________^


seperti biasa, bila time-time cuti gini online and berkawan baik dengan pakcik GOOGLE sangat penting, untuk mengisi masa lapang yang ada. syukur sebab br0adband ni x buat hal even x bayar lagi bil untuk bulan ne,uhuk~

malam ne malam yang sunyi kat rumah. sebab? aku ibarat anak b0ngsu, no one in this house except for my mom  and dad. pahlawan kg jambu merah p bercuti di kuala krai,heh ! kadang-kadang rasa best id0p sorang-sorang ni, kadang-kadang hado0oii buhsan derrr ! xtaw nak cari balah ngan sape, xkan ngn mak? ayo0okk,. wat about ngn cik teh? eish xde perasaan mamat tu *refer to my male cat* =D

tengah-tengah search images yang cantik dengan menaip "muslimah solehah" and mula men-downloadkannya, terjumpa pulak blog-blog yang best untuk dibaca bagi memuhasabahkan diri malam-malam cmni..huhu
pastu terjumpa adik beradik tumblr yakni multiply.com. syok jugak layan sebab fokus on image jer, less words and sentences. hehe kemudian operasi mencilok mula dijalankan ! heee, mohon diizinkan ~

GAMBAR SATU:
yeah I'm PROUD of the title,syukur sgt2 ^^


GAMBAR DUA:
untuk tatapan muslimah diluar sana, anda pasti xkan menyesal kerana setiap sesuatu yang disuruh ada ganjarannya :)


GAMBAR TIGA:
mari mengenal mereka dengan pertolongan pakcik GOOGLE mudah-mudahan dapat dijadikan role model and teladan, insyaAllah !


GAMBAR EMPAT:
kiut kan pesanan badge ne :) JOM la sesama kiter-kiter tutup aurat dan mudah-mudahan terus istiqamah,alhamdulillah on my way !! 




tu jer untuk malam ne
GOOD NIGHT PEEPS !
moga hari-harimu semakin bahagia dan ceria dibawah rahmatNya 
^,^


Friday, 1 June 2012

TIARA dan DSLR

HEY HOO and ASSALAMUALAIKUM w.b.t :)

ari ne nak citer sket pasal aktiviti cik tiara,ki3.. saya menjadi photographer yg sgt2 bertauliah ! shoot sana shoot sini, ala-ala pakar la.. kadang-kadang pose mengalahkan objek gambar.. huhu

apa itu DSLR yerr? DSLR ne ialah DIGITAL SINGLE-LENS REFLEX =,= apakah? definisi senang, kamera digital yang bersaiz besar and sgt canggih sbb boleh zoom in and out yang menjanjikan kualiti yang terbaek ! banyak mod,senang nak shoot or snap ikut setting.. ISO pon membantu kualiti gambar yang kita amik, even si penangkap gambar xde la mahir sgt kot~ slow2 belajar nanti expert lah tu.. and lens sgt penting before amik gambar, sesuaikan ikut objek yang kita tangkap and saiz dia.. pendek citer DSLR sgt syo0kk woo0oo !!


petang tadi 'main-main' dengan DSLR abg ipar, Canon 500D ~ kuar rumah snap atas snap bawah snap tepi kiri kanan rumah, asyik-asyik nampak hutan ja dalam gambar -,- huhhhh... sabo ja la...

cik tiara ramai kawan kat maktab yang dh jadi expert in shooting using DSLR, contohnya ahmad faqih aka abam.. kalau nak tengok hasil dia, boleh klik sini  and he is one of the senior final year kt IPBA yang gila-gila terer bab-bab amik gambar ne smpai dia bole makemoney with his superior skill ! fuhhh hebat2

and ni hasilnyer,mempersembahkan SENI cik tiara yang terulung and terunggul and tergulungg-gulung :













nahh, tu la hasilnya :))
okbai, xnk ckp panjang-panjang keypad acer bermusuh dgn tuan sdrik, assalamualaikum semua !




Friday, 25 May 2012

2 hari selepas tarikh kemerdekaan !


ohh,lupa nak edit =='


meks kelate comey ko?


My Return ~

Assalamualaikum and hey ho ! :)
yeay, kembali lagi ke alam maya - blog yang bersepah dan berdebu ne..-,-
hari ni hari sabtu..
semua budak rumah x balik lagi,
sebab ada program kt IPBA..


nak share something yang agak mengujakan hati :
SILA BACA DENGAN TELITI.. ^^


cantik kan tulisan sajida ne? :D
hehe,nota katil kawan aku ne..
x tny pulak kt mana amiknyer ayat ne or memang original from her
i tabekk you darling ! ^______________^

manusia disarankan untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidupnya agar masa hidupnya tidaklah membazir dan kosong tanpa tujuan..
kenapa kita hidup atas muka bumi ne ek?
dan ditakdirkan menjadi khalifah pula tu..
sangat besar tanggungjawab.. :)

manusia ada Yang Maha Agung untuk menjaganya
Dia sentiasa Yang Maha Pemurah yang mana bila hambanya memohon apa jua permintaan dan perlindungan   
fizikal dan mental
Dia pasti memberi
dengan syarat
lakukan yang terbaik dengan niat dan cara yang baik
letakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepadaNya
semoga dia akan memberikan 
yang terbaik untuk kita semua


BERDOALAH !!
BERAMALLAH !!
BERIBADATLAH !!


# setiap teguran ada kemanisan yang terselit di dalamnya walau diluarnya nampak sedikit pahit..
Allahu, hanya padaMu aku berharap...


Thursday, 17 May 2012

KOSONG

Assalamualaikum pembaca blog Miss Puek semuaaaaa, kaifa halukum? weeee~~ ^__________^

sekarang jam menunjukkan jam 1.30 pagi, and mata aku x rasa nak tidur.. xtahu kenapa.. mungkin sebab tidur petang tadi, mungkin juga sebab banyak perkara dalam kepala.. ya Allah, kepadaMU aku kembali meminta pengharapan.. share ni pun macam xde point sangat.. I TOTALLY DON'T HAVE ANY IDEA..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ada terbaca post adik dia,tujukan khas untuk dia.. and diorang komen-komen dengan siblings diorang, aku sangat respect dengan ikatan mereka and diorang pun pada masa yang sama turut menjaga hubungan dengan Allah s.w.t ~ then terfikir alangkah beruntung kalau2 aku memang sah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka yang sangat tunduk kepada perintah Yang Maha Esa.. sangat2 bersyukur dikurniakan insan seperti itu dalam hidup, at least mampu memberikan tunjuk ajar and fahaman yang baik walaupun hanya melalui kata-kata di facebook dan jarang-jarang di skrin sony ericsson..huhu moga-moga Kau makbulkan doaku ini Ya Allah yg Maha Pengasih..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku x mampu membina kekuatan melebihi kemampuan diriku.. aku seakan rebah sebelum berjuang, rasa ingin menangis namun...... aku hanya mampu berusaha sedaya upaya dan selebihnya berserah saja.. dengan usaha dan doa setiap hari, aku kuatkan imanku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.. namun sesekali aku tewas.! aku bersyukur dengan apa yang aku miliki, serius.. aku bahagia tengok kawan-kawan bahagia, keluarga bahagia dengan sikapku.. ma, kaksu rindu ma T__________T

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

niat.. perkara yang paling utama ! dihitung amalan berdasarkan niat juga.. neves bila bercakap pasal niat, takut-takut kalau setiap perbuatanku dibuat berdasarkan niat yang menyerong, yang mana aku mungkin tidak menyedarinya.. hati kata lain, mulut kata lain, tangan cuma menulis.. setiap kali nak post something or share something, aku mesti niat yang baik dulu, fikir dalam-dalam agar hatiku tidak mewujudkan niat yang salah dan boleh membawa dosa.. jauh-jauh,shhuhh2 !! untuk berkongsi ilmu dengan saudara saudari fb yang lain dan bukan untuk bersaing siapa paling famesss kt facebook tu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

last sekali, kisahku sendiri.. dengan yang jauh.. x mampu ku fikirkan lagi sejauh mana kami mampu bertahan,    cuma yang pasti akan ku genggam apa yang aku capai :D dengan izin Allah aku bertahan sehingga sekarang.. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih !! namun tak semudah itu, jodoh ditanganNya.. manusia cuma mampu berusaha dan berusaha bahawa apa yang dilakukan sekarang mampu melahirkan kecintaan kpd Allah dan Rasul, bukan suka-suka pada manusia yang bukan sah bagi kita lagi semata-mata.. apa aku merapu ne? =,= ohh faham-faham sendiri lah, siyes x reti bagi ceramah niee.... yang mampu mencapai keredhaan Allah dan bukan hubungan berasaskan nafsu syaitan.. haaa, that's the thing ! kita tak tahu apa yang bakal kita lalui di masa hadapan..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# sentiasa dekatkan diri kepada Yang Maha Esa
# mari menjadi hamba ! *kalau nak tahu sila baca buku hilal asyraf yer*
# bergantung harap kepada Allah,dan bukan manusia walau time senang dan susah
# bersyukur jangan dilupa !
# jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia ^_______^
# ujian yang datang itu untuk mematangkan kita tentang kehidupan, dunia dan akhirat..
#walaupun seorang hamba ne berstatus lemah, tapi kita mampu melangkan setapak demi setapak untuk mencapai halawatul-iman insyaAllah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 12 May 2012

Malamku disinari cahaya keislaman

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah dengan keizinanNya dapek la saya up lagi one entry,biase2 jer act.. title yang terlebih gempak ! haha..~

Alhamduillah pada 10 Mei 2012 bersamaan 18 Jamadilakhir 1433H, cik tiara and geng kelas, our tesl c together with jiran tesl d berpeluang menghadiri MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN di Masjid Putra, Putrajaya.. solat hajat, tahlil dan membaca yasin.. :) sangat nikmat umpama makan ikan bakar cicah dengan air asam ma buat ! = =' hati ni rasa excited, x tahu kenapa.. banyak reason jugak kot.. mudah-mudahan niatku betul ketika itu, untuk beribadat kepadaNya dengan ikhlas dengan menghadiri program seumpama itu disamping mendoakan agar profesion keguruan berkembang maju from year to year,amin..  oh ya, bukan kami jer dijemput taw, maktab ipis, ipbm, sekolah sukan bukit jalil, para guru pun ada.. *usha bas okay, bukan rakyatnya* hahaha...
sampai Masjid Putrajaya tu dh nak dekat azan maghrib dh, jem nanas punyer pasall~~~ agak kelam kabut nak turun p amik wuduk and naik balik tangga besar dia tu solat berjemaah.. fuhh lari anak-anak kecil, at last sempat gek ! masalah2 ! panas menguasai diriku dan sahabat,asma.. wuwuuwuwu~ :( masjid besar tp pelik cemaner bole panas.. last2 kami p gerak depan sbb yg kt depan gerak p belakang, peliks ! maybe diorang fikir kt belakang panas,but sorry not.. Alhamdulillah kami kt barisan x depan sgt x belakang sgt dapat la air cool breeze from kipas kt depan tu haa.. alamak, nampak jemaah muslim la,hew3 *muka gatai* mujur rabun...... selesai solat fardhu,solat sunat hajat and baca yasin pulak... kemudian solat fardhu isya' last sekali..
and then, kami semua dijemput makan kt depan masjid ala-ala syurga cinta.. makan apa yer? makan NASI BERIANI yang sedaaapppppp okayy :D hihi jgn jeles.. sempat try kole kacang,pun sedap.. alhamdulillah pulang dengan muka puas ! semuanya berjalan lancar..


tengok sekali jer taw :D

c buruk with asma :)





comeynyeerrr,masjid belakang :P


# balik gelak besar sebab kami menang racing bus with ipbm, terima kasih pakcik driver kami yang semangat!

Tuesday, 8 May 2012

Batu-bata Kehidupan

semoga para pembaca blog ni sihat sentiasa dan sentiasa diberkati olehNya,amin :) kalau boleh, check hari kita,hari ni.. apa amal yang kita dah buat hari ni? amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik yer kawan-kawan..heee~

apa itu BATU-BATA KEHIDUPAN? seriously I have fall in LOVE with this book ! okay,nak minat penulis dia : Hilal Asyraf dah x bole kan? = =' ~untung laa kahwin awal~ hoho but serious2 and I am really into it you know ! arrgghh arghh ! *hentak-hentak kaki* kenapa aku suka buku yang mempunyai maksud tajuk yang mendalam ni? tajuk dia, batu-bata kehidupan sangat memberi makna dan maksud yang sangat bermakna dalam kehidupan seorang muslim.. secara ringkasnya buku ne merangkumi tiga tajuk besar and sebenarnya keperluan jugak dalam hidup seorang individu yang beragama Islam.. they are ALLAH, CINTA dan KEHIDUPAN MUKMIN.. basically they are basic needs to build a good life according to the way of our Islam.. just like a building, the architect and all the buruh must need bricks to create it, right? it's just a simple thing and basic, and yet it is very important.. ketiga-tiga perkara utama ini sangat perlu dalam kehidupan kita? kenapa? sebab all these three kita perlu bina untuk buat 'bangunan secara cara Islam yang betul' supaya ia menjadi berkualiti, kukuh and utuh so that ia mampu bertahan sehingga ke akhirat, insyaAllah amin.. semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk membina cara hidup berteraskan dan ber-acuan-kan syariat Islam yang betul..

buku ni sangat menyedarkan aku tentang cara kehidupan sebenar yang patut kita amalkan dan patut ingat selalu.. kalau ingat tapi x amalkan pun baik tak payah jugak sebenarnya.. ingat + amal = ad umphh ! hahaha,yer mcm tu lah lebih kurang.. x reti nak membina ayat yang catchy jugak, sedang belajar dari blogger yang fames.. okay, back to the topic, buku ni sangat lah bagus sebab kan kan kan sekali aku baca satu tajuk dalam tu, akan rasa " pergh, sentapnyeee" haa.. "laa,mcm ni rupanya..patot laa....." hurm2.. "haa, best ayat ne ! meaningful sangat bagi aku !" heee.. "okay, first kena...second mcm ni pulak...baru lah bersinar hidup aku ! " erkk.. and sebagainya.. semua ni reflect diri aku, apa yang dah aku buat sepanjang aku bernyawa, kenapa aku jadi macam ne, kenapa rasa lain macam? oo0o, sebab ni...baru lah paham.. tapi korang kena ingat jugak, buku ni based on pendapat an individu, means seorang manusia yang mempunyai kelemahan tersendiri.. tapi aku x cakap dia punya penulisan x bagus, ada ajaran sesat ke apa, no !! cuma just nak remind that masing-masing punya pemikiran yang tersendiri mengenai sesuatu benda, boleh dibahaskan penjelasannya, bukan just accept his 'mind' totally, jangan.. TAPI ADA SATU SYARAT...... nak bahskan jangan guna akal semata-mata, umat Islam kan ada 2 panduan terpenting dalam hidup ne, that are al-Quran and Sunnah.. semua benda yang kita nak pikir or perjelaskan maknanya mesti and wajib berpandukan both of them, not just logical thinking.. and Hilal Asyraf sendiri banyak menulis ayat-ayat daripada al-Quran and hadis-hadis supaya para pembaca paham dan percaya akan kebenarannya.. walahua'lam~

aku sangat bersyukur dipertemukan dengan buku seperti ni, TERIMA KASIH azura sebab bagi aku baca :) syg awk ! jaga hubungan dengan Allah dahulu sebab Dia yang berkuasa, Dia segala-galanya bagi kita.. segala perkara yang disuruh olehNya tidak dijadikan sia-sia, malah kalau dihayati betul-betul banyak faedah dan kebaikan terselit di situ.. Allah, Kau maha Agung.. semoga kita xkan pernah lalai dalam mengingatiNya, di setiap solat dan zikrullah.. Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku.. Astaghfirullaha illa Allah ha kana tawwaba ^^,

Got to Go.. back to the study mood.. yihaa !! ^___________^


# wahai qalbu, berhenti lah segala perasaan ragu-ragu..


cantik,kan? love ya..

Saturday, 5 May 2012

muka dan hati itu tak sama

Assalamualaikum semua, semoga hari ne diberkati olehNya.. jum buat amal banyak2 ! first start dengan senyuman.. senyum itu sedekah :)

okay, firstly I think everyone has already know what suppose going to be written here.. "muka and hati itu x sama" WHY? because face can lie while our heart can't.. I think..hurmmm~ :D have you ever feel frustrated? sad? in pain? what the useless questions here, memanggggg laaa adaaaa cik kak o0ii ! wajib kott~ nama lagi manusia,huh... so, why we feel all those craps? been lied? heart broken by our own friends? own partners? or own family? YES, that's all can happen ! in just a slight of time~ we never know the value of a relationship or friendship or family-ship until they broke our heart by their actions. but maybe it is coincidence or x sengaja in Malay..

so, here I would like to emphasize that I am easily jealous by people whom I trust, I love and so on.. I don't know why? it's just how I feel for a long time ago.. pompuan, lelaki sama jer.. aku mesti rasa sedih or jeles bila orang yang rapat ngn kita buat dek jer, x layan kita, senyap ngn kiter... secara tiba-tiba? is it my fault? ;( fine, and nak mengaku lagi yang aku ne maybe lack of self-empathy kot, that's why things like this happen to me ! BUT..... kita x mampu nak puaskan hati semua orang, cukuplah dengan memahami keadaan dia and diri sendiri buat kita think that we still care for them,love them.. seriously confusion keep haunting me ! tapi kenapa saat exam nak datang? tapi, biase jer bagi aku tapi this condition x best laa.. dulu rapat jer semua, sekarang tup tup senyap macam tu plak... then in a sudden out of nowhere musuh menjadi kawan... this is all WEIRD !! r u trying to make me feel something not good? well, u succeed !! CONGRATULATION !

saya suka pendam perasaan yang sakit dalam hati saya, sebab tu muka saya happy jer tapi hati saya siapa yang tahu,hanya Allah yang Maha Mengetahui sahaja..saya banyak kekurangannya, hanya pada Dia saya memohon agar saya sayang semua orang walaupun mereka ada yang menyakiti hati kecil saya ne... walaupun maybe sorang or dua orang yang sakit hati or benci ngn saya, at least saya ada ramai kawan lagi yang mampu menerima saya apa adanya, Alhamdulillah.. tiap-tiap hari saya berdoa agar kawan-kawan family saya diberikan kebahagiaan dunia akhirat.. siyes x tipu.. saya sayang semua, and walaupun ada perbuatan saya yang menyakiti hati mereka secara sengaja or x, saya MOHON MAAF SANGAT2 !! saya ada prinsip yang tersendiri.. kawan time bahagia senang jer nak cari.. saya harap saya mampu ubah perangai saya yang x sesuai demi mengukuhkan persaudaraan kita semua, mudah mudahan..Amin~
muka boleh tipu.. jgn percaya kt muka orang senang-senang yer kawan-kawan..





# saya, RASTIARA HANIFATI BT ROSDI sedang cuba menjadi seorang yang tabah dan sabar dan pemaaf, tetapi sukar melupakan.. sekian :)

Friday, 4 May 2012

A girl with thousands HOPE ~

Aku menghargaimu dengan sedaya upayaku..
Aku menghargaimu, dengan apa yang ada..
Aku menghargaimu, tanpa meminta-minta..
Aku menghargaimu, dengan segenap jiwaku..


Maafkan aku bila mana diri ini masih tidak sempurna dengan apa yang aku inginkan, namun yang pasti akan aku pastikan setiap langkahku diakhiri dengan penyelesaian dan jalan yang terbaik ! ^_______^


Mencari keredhaan Allah, hanya buat manusia yang tabah dan gigih sahaja mampu menggapainya. Ingin sekali aku ingin berada di dalam golongan tersebut. Ya Allah jauhkanlah diri ini dari perkara yang melalaikan jiwaku.


If you think that I'm still a hard-core girl and play around, then sorry you're totally wrong.. I think and you think, you know and I know is not the same thing. obviously no.. just because you see me 'this' way, doesn't mean I am 'that' way.. you get it? If not, what can I do except for ignoring it.. As long as I can survive from a battle, I still a winner :)

Wednesday, 25 April 2012

Apa Yang Pasti......

kat sini cik Tiara nak share something untuk reader blog ni..hehe*gelak sopan*
selamat membaca.. oh ya jangan lupa baca basmalah dulu yer kamu ! dan senyum :)

saat jiwa dilanda ribut gusar

ketenangan melayang hilang

minda tiada pertimbangan

akal bagai tiada ingatan

hidup sudah tidak bermakna lagi

walau harta segunung tinggi

segalanya menjauh pergi

pergi bersama kealpaan duniawi

yang dikejar saban hari oleh insani

meronta-ronta diri mula mencari

meratap tangis ke mana menghilang asal diri

yang menjadi tunggak hakiki

bagi insan yang Tuhannya dihati

pegangan yang selama ini menjadi teras

kembali dijejaki penuh waras

Tuhan itu Maha Pengampun

Tuhan itu Maha Penyayang

buat insan yang lalai

buat insan yang alpa

pintu taubat sentiasa terbuka

Subhanallah Maha suci Mu Ya Allah


cik tiara just rewrite balik, puisi ni ada dalam buku Gen-Q x silap..
renung-renungkan dan selamat tidur.. bangun esok mesti semangat !! 
Assalamualaikum semua ^________^

Saturday, 21 April 2012

variasi itu penting,ngeh3~~~~~

PADA SUATU PETANG,KETIKA DIA BERSENDIRIAN............








senang susah bersama..

ya Tuhan, maafkan aku bila mana di saat dia menghadapi kesulitan dan ditimpa masalah aku tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan mendoakan kesejahteraan dan ketenangan hatinya nun jauh di sana.. ingin sekali aku berada di sisi yang tersayang setiap masa, setiap saat dan ketika, di kala ku membuka mata tiap-tiap hari.. membantu apa adanya.. tapi, apakan daya..

Aku hanya mampu mendoakan kepadaMu supaya memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada yang tersayang.. semoga hati kami bertaut keranaMu ya Allah, hanya mereka yang ku sayangi,manusia di dunia ni. kau berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka semua.. sesungguhnya aku amat merindui mereka semua, facebook x mampu menahan kerinduanku terhadap mereka.. ya Allah yg maha mendengar, penuhilah hajatku ini untuk berjumpa dengan mereka, insan yang kusayangi..

semoga Allah mengampuni dosa hamba-hambaNya lantas memberi peluang untuk memakbulkan doa hambaNya.. Allah yang maha pengasih :)

to far-away beloved : my mom, my dad, my siblings, my aisyah n my habibi I will always pray for you all..
kuatkanlah hatinya dan hatiku jua.. I MISS THEM !!

to you : saya mungkin bukan seorang yang pandai berkata-kata untuk menyejukkan hati yang sedang resah gelisah, tapi ketahuilah kamu sentiasa ada untukku, di dalam doaku.. ku doakan semoga hatimu menjadi tenang dan jernih kembali sejernih air mata air,hehe... jgn lupa berdoa ! strive for ur excellent :) insyaAllah mudah-mudahan ketenangan kembali menjadi milikmu.. I'm sooorrryyyyy ;'(




Friday, 20 April 2012

saya SAKIT

ubat orang sakit yg official, tu belum kira kool fever sekotak, panadol activfast sepapan n pain killer :'(


orang sakit kena amik darah,aduhhh ;'(


tengok,ni, keadaan n makanan orang sakit ley makan ;'(


TAPI.........
sebenarnya kan

SWEET kan Allah tu... ^______^



p/s : so to all my beloved friends, please jaga kesihatan korang yepp !! 
pesanan kesihatan ini khas oleh miss puek....

Jum berTaubat !!


DOA TAUBAT...

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
I’tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

nak mengakui kesalahan dan kelemahan diri, x perlu ada masanya, sebab setiap masa pun boleh.. :)
malah, kalau tiap-tiap hari kita reflect diri kita,mesti kita senang nak sedar akan kelemahan kita lantas membuka lebih banyak peluang untuk berubah ke arah lebih baik.. renung-renungkan yer cik tiara.. post ni especially untuk tuan post ne,tapi if ada yang nak join sentiasa dialu-alukan.. 
apa yang pasti, manusia x sempurna tapi sentiasa boleh memperbaiki diri dari masa ke semasa supaya jadi molek.. yeay ! nak muka bercahaya jewww,hehe...


setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...

Al-Fatihah... to my beloved sir, ismail bin Jaafar di atas pemergian beliau pada jam 11 malam semalam.. beliau telah pun pergi mengadap Ilahi, meninggalkan rumah, sekolah, anak muridnya, keluarga tercinta.. Ya Allah sedihnya rasa hati ni.. Sir, cikgu fizik aku time form 4.. sangat baik, sentiasa tersenyum membuatkan anak muridnya yang nakal mudah mengambil kesempatan ke atas kebaikannya.. kami pula, senang bergurau dan bergelak ketawa dengannya.. seorang yang x lokek senyuman sambil memberikan ilmunya kepada generasi muda kerana dia tahu suatu hari nanti akan ada antara mereka yang bakal mewarisi kelebihannya iaitu mahir dalam subjek fizik.. banyak yang aku dh lupa memori time kt sekolah dulu,tapi bila part masuk belajar fizik time form 4 dulu,senang ja aku recall..hehe, nak buat mcm mana, nakal kot dulu.. buat eksperimen mcm hape dah, masuk lab pulak lmbat, masuk-masuk kelas sempat lagi bergurau dengan sir.. tapi bila dia mengajar kami,dalam kumpulan-kumpulan kecil dia serius n kami cepat paham ! dia sangat baik, x pernah marah kami, suara dia yang lembut n perlahan buat kami senang hati nak belajar.. xde la tension-tension cm belajar biologi tuh.. hoho dats y dpt C biologi tuh ! :p

sir, doaku mengiringimu.. nape sir pergi semalam? xtahu pun sir sakit? sir ingat sy lagi x sir? saya rastiara,student sir yang payah nak paham fizik tuh laa..huhu
sir, terima kasih atas segalanya,ilmumu yang berguna, kata-kata nasihatmu yang bernas.. halalkan segala kekhilafanku :'( sorry for not able to have the chance to see you this year..


sir, tengok ni seluruh warga semekam mendoakan sir ! :)
kami sayang sir....
ya Allah, Kau tempatkanlah beliau bersama para solihin ya Allah,
janjikan syurga untuknya,Ameen..

Wednesday, 21 March 2012

sila lah PERGI !

waduh waduh berat rasanya hatiku..ewahh..start dh merapu,xyah layan laa.. AAK !! ?
nak halau penyakit berbahaya..
shuhh SHUHH shuhh nyah kau dari sini !!
buat pa datang?
dah setan banyak sangat dalam hati kot.. = ='

PERLU KER semua ni ??
macam tak jer..
yg x perlu tu la selalu gewdik nak mai,aishh lempang lempang !!
aduh,jealousnya hamba..kenapa??
burok perangai wooo~
jeles ngn kawan sendiri~
BIAQ P LA DIA NAK P SEKOLAH MANA PUN..
ang jgn masuk campur bole??

I'M SORRY..
I think I can't avoid it..
there's still girls who are professional out there
but y i can't be like one of them ?
this shows that I'm still immature..
oh my...

luruskanlah jalanku ni ya Allah..
buang lah segala sifat negatif dalam diriku ini sedikit demi sedikit...

p/s : fuhh,mujur 5 hari ja... xde la terseksa sgt aku kt sekolah..lalala~
conclusionnya SBE sem ne x best.....

I TRUST YOU...

Sunday, 18 March 2012

MUHASABAH CINTA........

SOBAHANNUR........ ya habibi :)




Wahai diriku…

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai diriku….

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik,
“Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku”


Untitled


2nd DAY of SBE.. :)
snaping must not be forgotten !
terasa busuk sangat hari nie...

kat TENGAH tu sgt berasa LOSER =='

macam-macam jadi hari nie..
kepada Allah aku memohon ampun..sobs3x


Ada apa dengan SBE saya di Sk Long Gafar ?

ader aper ekk?? hehe,ada kawan baru, student from IPG Tengku Bainun katanya,pun Tesl.. comey macam saya, kecik underweight cam saya, warak lebih sket dari saya ==' sopan macam saya lemah lembut macam saya dan pendiam macammm sayaaa !! hahaha gelak puas2..okbai~

p assembly macam biasa, sama macam last-last sem.. tapi assembly kali ne macam pelik sedikit.. haha,agak kelakorr kotnya.. sebab?? sebab macam kerenah murid n guru ! fyi, murid-murid kt sekolah ne ibarat aku masa sekolah rendah dulu2.. dari tahun 1 sampai ler tahun 6 kecik tiut comeyy jewww,auww~HAHA sila gelak..

kes pertama : PK Hem ajar pasal langkah pencegahan n apa perlu dibuat time kebakaran, sebab ada fire drill kt sekolah katanya xtaw bila..
cikgu : hohh, kalu bunyik loceng 3x tuh cepat-cepat la turun lari.. tapi jnge lari g tubek luar pagar tehe teksi pulop kelik umah'  i was like- huh? hahaha, watehek murid sekecik tu nk p tahan teksi nk balik.. lawak dia biasa jer cuma logiknya ngak ada buat kami gelak sopan-sopan sebab xley gelak kuat-kuat sebab duk depan ==' haishh.. tmbah pulak dgn ekspresi muka dia,hahahaha.. mokcik kelate kalu kecek sumgoh gano keee,kah3~

kes kedua : seorang guru lelaki nak marah kt murid-murid kt depan sebab xdgr time dia duk tgah membebel..
cikgu : hoh, ado jugop hok suko time sayo duk kecep depe ni.. sapo dio gak tuh? akat tnge meta, nak kelih nee..
sorang murid kt belakang cepat-cepat angkat tangan..zzzz~~ bejurus giler wehh mengaku !! i was like for the 2nd time that horror morning- heh?? ado jugak ore gini dale malaysiaaa...o0ooooo.........=,= ker aku yg salah dengar sebab mabuk nk tido? isk3

kes tiga: biase-biase jer..between kami bertiga, aku, tiqah n zura.. al maklumlah bila cuti seminggu xdenyer nak bangun seawal-awalnyer.. paling awal jam 10am ! so kami dh mcam abes sopan duk paling depan time assembly..cikgu-cikgu pulak bnyak membebel...yaww !! mnguji,sgt menguji... dah macam-macam gaya menguap kami.... ada ke kiri smbil buat-buat gaya nak batuk xnk bagi jangkitan kt orang sebelah, ad ker kanan, ada menguap gaya mulut tertutup..haaa?cemaner uhh.. tengok bebudak kt depan ni menguap, i was like for the 3rd time- oh plisss sayang jangan menguap depan CIKGU...... i beg youuuu :'(  2, 3 saat lepas tu aku pon menguap...okbai -,-

kes keempat : pakcik guard tua xsedar diri duk usha kami kt kantin...euuuwww~~
pakcik biru : o0ohh comey2 cikgu barunyo0ooo.... yerks! okbai

tapi, besides of kami x dipedulikan sangat sebab diorang busy, kami masih lagi ditegur oleh hampir separuh guru dalam bilik guru tadi..hehe,mekasee menghargai kewujudan kami.. ini membuktikan pihak tuan dan puan masih tidak bosan menerima guru mentah walaupun last week before cuti dah ada teacher trainees datang menyerbu sekolah itu..

teacher tiara :)




p/s : RINDU SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR SANGAT-SANGAT KERANA PERSEKITARANNYA,GURU-GURU YANG FRIENDLY, MAKANAN YANG BANYAK, DAPAT KAWAN BANYAK BOLEH BUAT GENG :)) 


rindu saat ni ;'(