Sunday, 14 October 2012

ku berlari berkejar kejaran~

Assalamualaikum semua ! :) *big smile*
adududuuuu sakit ma !! sakit bahu -tangan, sakit betis-kaki, sakit belakang (tulang belakang) and sakit otakk ... (eh?)

penat TAPI berbaloi.. ^________^


yesterday, 13th Oct 2012 was a big big day for me, yeah it's true thou !
because..
I gained a lot of experiences from KL Nike Run 2012..
it such a big event..
mostly participated by chinese..
about 14000 participants registered...
and me, together with other IPBARIANS...
small group only, about 14 persons hehe...

10km...
not 10m...
first try...
I finally succeed in reaching finish line !
ALHAMDULLLAH...
it's worth !
I get another Nike shirt :)
I like collecting shirts...



aku and mira (si jogger terhebat) dah berjanji untuk jog sesama, so yeah yeah kami hayun kaki tangan keluarkan peluh sesama ! seiring sejalan, sweet sangat ! for about 50min we ran and jog together, suddenly I got pancit.. I had sakit perut, senak bak ang ! sakit teramat sangat, ah sudaa cemaner eh... masih jauh lg perjalanan kami.. aku terdemotivate.... hurm.... then, 'mira, kalau kau nak lari kau lari dulu, aku dh x bole, sakit perut ne' sambil kerut-kerut dahi.... pastu, dia dengan muka yg 50-50, 'okay aku p dulu ea,bye'
and aku...teruskan berjalan, tp dengan kadar yg cepat, menuju ke garisan penamat yg entah bila kan kunjung  tiba...
about half an hour, another 3km to reach, tiba-tiba aku nampak kelibat gadis bertudung hijau pekat dalam crowded2 itu.. and then oh maiii itu mira !!! aku akhirnya x percaya aku ketemu dia.. eh, jap.. aku pantas or dia banyak berhenti, xkan la makcik laju tu berhenti banyak kott... aku xcaye sbb dia yg aku kenal x mcm tu... but then after lari-lari ngn dia aku taw dia dh teramat letih, aku pulak still boleh teruskan selepas minum air mineral yg cawan ke-3... kami lari, henti, jalan cepat,jog and continuously doing that... last-last mira hilang  di belakangku, hilang tnpa khabar...sob3x maafkan aku mira, good luck my buddy !



finish line after 80min ran and jog n walk n stop....heeee proud of myself ! *hug myself*
Alhamdulillah geng2 yg lain, ikrimah n nani, izzah n azura, semuanya selamat tiba not more than 2 hours :)
well done guys !

itu sahaja nak kongsi, sebenarnya banyak lagi nk tulis tp key2 laptop ne x mengizinkan:) kalau nk tahu lebih lanjut, pm me..wahh !

- perkara begini pun boleh merapatkan hubungan antara kita,kan-

THE SIX  ACTIVE GOJES :D

finisher Nike T-shirt :D

Thursday, 11 October 2012

kini dan selamanya...

SAYA...
bila berbicara, inginkan perhatian,
bila berbicara, ingnkan awak untuk memahami,
bila berbicara, inginkan setulus ikhlas perasaan dan pertuturan dari awak.

AWAK...
bila berbicara, inginkan kefahaman dari saya,
bila berbicara, inginkan perasaan yang serius dan kritikan yang membina,
bila berbicara, inginkan penjelasan yg straight to the point..


SAYA dan AWAK...
bila berbicara, kita inginkan keserasian,
bila berbicara, kita inginkan understanding yang sama,
bila berbicara, kita inginkan sama-sama tolak ansur,
bila berbicara, inginkan Redha Allah dan keberkatan dariNya..


KITA...
akan membina satu ikatan yang sah suatu hari nanti,
akan hidup bersama,
akan sama-sama memberi dan menerima apa saja,
akan beroleh kegembiraan hasil perjuangan ini..


Allah...
yang paling utama,
yang diingati sentiasa,
yang sentiasa didahului,
yang sentiasa menjadi pelindung kita..


-sungguh aku memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menempuh perjalanan yang panjang ini-

tak mampu, tak tertanggung...

Assalamualaikum wbt semua readers..

dah masuk Oktober,kan.. masa berlalu begitu cepat.. macam-macam kita dah lalui, yang baik yang buruk yang manis yang pahit semua ada.. hidup as imperfect person memang macam ni.. apa yang kita rasa x semua boleh rasa even ada pepatah ' in the same boat' or ' just try to put yourself in their shoes' but it won't be the same, trust me peeps. it is just a comforting statement !

certain things ada yang kita mampu tahan, mampu tanggung.. even alone.. itu syukur Alhamdulillah la.. Allah masih memberi kekuatan kepada kita secara langsung and dengan pantas.. Dia tahu kebolehan hambaNya dan tahap batasan seseorang itu.. Allah.. please remember Him, don't just put Him away !

but if ada certain things yang kita x mampu and x tertanggung lagi untuk menahannya macam mana? how can we heal ourselves when we are in problem? padahal masalah itu bukan dari kita asalnya, dari orang-orang lain yang berjaya mempengaruhi kita untuk turut sama terlibat and lantas menjadi seksa dan sakit hati.. sangat  okay ! what kind of person is that? xde manner ker untuk memulakan percakapan? pertuturan kita pon bole menyebabkan orang kecewa, sakit hati, tahu tak? cikgu x ajar ea kat sekolah cemaner nak behave? ker ko yang bebal xnak dengar nasihat orang? langsung x fikir pasal orang.. orang itu manusia ! ada perasaan, please consider..

bila kita consult kawan to share problem, mereka akan cakap sabar.. that is the first word came out, yes it is true.. even me, akan selalu suruh kawan sabar dulu.. then baru plan for the next step.. but tak semua kawan akan faham kita dan masalah kita.. care or tidak, menghayati sepenuhnya or tidak.. thus it is important not to put them as your first consultant or pihak yang bertanggungjawab menjaga perasaan kita,okay..

so, sape? jawapan dia Allah swt.. Dia Maha Mengetahui, just seek for His advise, luahkan padaNya, share padaNya, kongsi kegembiraan kesusahan kita padaNya, sebab Dia yang telah menciptakan kita semua. so semua yang ada pada kita, baik luar atau dalam hanya Dia yang tahu.. segala kekurangan, kekuatan kita ada dalam tangan Dia.. sama-sama muhasabah pada diri masing-masing to put your trust in Allah the Almighty. He is the One.. boleh tulis dalam blog untuk luahkan masalah,perasaan, boleh rujuk kawan untuk kongsi segala masalah.. tapi itu maybe dah list yang belakang-belakang... tapi itu yang kita ingat dulu,kan? aku pun sama, kadang-kadang Dia pula yang aku ingat kemudian.. manusia, akan cari benda yang dia nampak dulu, xtahu la kenapa maybe sebab xtahan marah or tengah panas kan.. so capai apa yang ada depan mata..

buka Al-Quran, cari ayat-ayat Allah yang boleh menenangkan hati kita.. but semua ayat adalah ayat yang menyucikan hati kita, if and only if kita faham apa yang Allah nak sampaikan.. fahami maksud ayat itu yang paling penting, fikir dan relate dengan diri dan alam sekeliling kita.. kadang-kadang bila kita usrah, x terjangkau pulak ayat ne macam ne sebenarnya maksud dia, sangat dalam penjelasannya !! AllahuRabbi.. and at that time baru kita sedar Allah sentiasa berada disisi kita sebab dari dulu lagi Dia bimbing kita, Dia ajak kita, Dia guide kita untuk kearah kebenaran dan kebaikan..

Wallahu'alam

-apa yang pasti, me tengah panas now-
-sincerely, tiara the kecik girl-

Friday, 21 September 2012

Qada' dan Qadar ?

Assalamualaikum and happy happy always ! :) moga sentiasa dalam RedhaNya...

Eh? cik kiah dah datang? emph, bagus lahh cik kiah ooi ! blog ne dah bersawang bersarang segala dahh,-.- kesiannnnn...

Hari ni nak kongsi something, about the Qada' and Qadar..
apa itu ?
ehemm, bismillah...

Rasulullah pernah bersabda, 'Hendaklah kamu percaya kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab Nya, para RasulNya, hari akhirat dan beriman dengan qadar, iaitu ketentuan baik dan buruk. '

Qada' itu ialah pelaksanaan terhadap perkara yang Allah tentukan
Qadar merupakan sukatan yang mana Allah tetapkan pada satu-satu perkara?
tak faham?
let's rolling !

Qada' terbahagi kepada dua jenisnya, iaitu :
- Qada' Mubram : ketentuan yang pasti dilaksanakan, dan ianya tidak boleh diubah ataupun ditunda-tunda. sebagai contoh hari kiamat dan kematian.

- Qada' Mu'allaq : ketentuan Allah yang tidak pasti berlaku kepada semua, tetapi bergantung kepada sesuatu  perkara.

firman Allah yang bermaksud :

  • " Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisi Allah dengan kadar yang tertentu." (surah ar-Ra'd, ayat 8)



  • " Dan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu bagi menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna." (surah al-Furqan, ayat 2)

USAHA plus TAWAKKAL = REDHA

ramai yang beranggapan bahawa adanya ketentuan Allah yang menetapkan sesuatu perkara, maka mereka tidak perlu untuk berusaha. sebenarnya, Allah juga menetapkan bahawa manusia perlu berusaha dengan perbuatan mereka dalam mendapatkan sesuatu atau menginginkannya dan berdoa kepadaNya untuk mencapai hajat tersebut. mana mungkin Allah akan memberi sesuatu kurniaan tanpa usaha dan doa daripada manusia itu sendiri. walaubagaimanapun selepas sahaja mereka merasa yakin bahawa mereka telah melakukan yang terbaik dan berusaha dengan sedaya upaya, oleh itu mereka perlu pula untuk bertawakkal. tawakkal sangat penting dalam memastikan mindset dan juga hati kita sentiasa lurus dan benar. Ini bermaksud mereka perlu percaya dan yakin dengan qadar Allah adalah untuknya. samada Allah mengizinkan hajatnya mahupun tidak, mereka seharusnya menerimanya kerana tawakkal sentiasa bersama mereka.

Manusia hendaklah jangan sesekali menyalahkan takdir kerana itu merupakan ketentuan ataupun qadar daripada Allah. semua itu diluar pengetahuan manusia. Hanya Allah tahu apa yang sesuai dan terbaik untuk diri hamba-hambaNya.

Namun sekiranya mereka tidak mendapat apa yang dihajatinya, seperti dalam urusan jodoh selepas berusaha maka redha adalah jawapannya.


  • " Diwajibkan keatas kamu berperang dan itu bukanlah disukai oleh kamu. Tetapi, boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu. Dan, boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk untuk kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, manakala kamu tidak mengetahuinya." (surah al-Baqarah, ayat 216)



* sumber : Bahtera Menuju Syurga, Hilal Asyraf *

Thursday, 2 August 2012

semakin dekat..

Assalamualaikum wbt semua :)
semoga sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmatNya selalu, amin..
today is already 13th of Ramadhan, time goes so fast till we don't remember what we had for yesterday and yesterday because we have to think of the future, that's what I think :D

and now I am counting the days for me to back home.. please move faster and faster !! I can't wait to see my sweet family :) a week more.. oh my heheeee

what is the thing that is 'semakin dekat' ? death? the end of our life? it is unnoticed 'event' that each of us are compulsory to attend,huhu.. because it has no time set, like our date to back home, to submit assignment, our birthday date and so on.. huhu sangat menginsafkan bila kita ingat kematian semakin dekat dengan kita, yet we still not aware of it. people keep busy with the materialistic things days by days as they can bring it all to the hereafter.. thus, me myself should remind myself first about our amalan and ibadat towards ALLAH swt and book ticket to jannah,amin~ it is also important to share our knowledge with others, friends and family members. huu I want together with them again, I love them !


next thing is the Raya celebration is also semakin dekat ! Marilah kita sama-sama menjayakan 1 Syawal dengan baik dan penuh kesederhanaan, cuba fikir golongan yang tidak berupaya untuk menyambutnya dengan meriah. x perlu tengok jauh2, just look our relatives first.. if ada yang tidak berkemampuan please help them ! and aku pun niat nak give all my baju kurung yang dh x muat kat sedara-sedaraku, share the happiness !! ^^, dengan harapan supaya kami sama-sama dapat keberkatan & keredhaan di bulan mulia ini..



susah tengok picture, hope ada orang sudi ajarkan nanti teringin nak belajar ! 

Monday, 23 July 2012

4th Day in Ramadhan Kareem

MOOD : I'M STILL FRESH STILL FRESH !! 
ALHAMDULILLAH FOR THE CHANCES
THANK YOU ALLAH.....





P/S : JANGAN LUPA BACA NIAT YER KENGKAWAN !! :)


IN WHATEVER YOU DO, WHEREVER YOU ARE, WHENEVER IT WILL BE...
JUST REMEMBER....
BE THANKFUL TO HIM...
APPRECIATE WHAT YOU HAVE ALL THESE WHILE..
SERIOUSLY, YOU WON'T REGRET AT ALL..
IF YOU THANKS TO HIM..
HE IS LOVING AND MOST GENEROUS....

Thursday, 19 July 2012

PUASA dan manusia

Assalamualaikum w.b.t kepada readers :)


 today, dah masuk 1 Ramadhan 1433H ! fasting day starts
selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia..
and for sure akan ingat kat kampung bila mula-mula puasa ni..
semoga amalan kita diterima dan mendapat ganjaran yang besar di sisiNya..amin
tapi even hari puasa pun ramai yang melakukan kemungkaran juga.. ada yang bertanya kenapa? kenapa? orang akan cakap unfair,right? kata syaitan dah xde.. haa, jangan lupa nafsu dalam diri kita masih ada and bebas bergerak di minda dan hati-hati dan boleh dilaksanakan melalui anggota-anggota badan kita ni.. so, dekatkan diri dengan Allah sentiasa moga-moga we are safe from those bad things that could ruin up our fasting days :)


Ada yang suka bulan puasa ne, ada yang tidak.. tak terkecuali lah yang x suka tu mesti ada punya ! if kanak-kanak cakap tu xpayah peduli sangat la kan, ne haa budak dah besar dah tahu halal haram pun masih ada yang tak suka.. tak suka la sebab kena puasa, x boleh makan makanan sedap-sedap, x boleh keluar jalan-jalan sebab takut letih and rasa dahaga air oren pulak.. x boleh keluar dating siang hari sebab takut ada orang cop x reti bahasa, malu la nanti (bulan pose bule pulak dating siang malam -,-).. so? nak tak nak kena la duk bilik tidur jer laaaa kannnn... isk3
minta jauh, xnak la ada pemikiran macam ne.. kita semua dah besar, masing-masing kena ingatkan diri masing-masing and orang sekeliling, REFRESH OUR NIAT :) semoga dalam bi'ah solehah sentiasa ! (remind MYSELF too !!! )


agak-agak how's our days after this? agak-agak boleh tak kurangkan percakapan yang x berfaedah? agak-agak ikhlas tak perbuatan kita sepanjang hari berpuasa ne, or just nak follow orang lain?


- puasa tahun ne nak buat checklist yang betul-betul and nak ikut betul-betul !

 MOH START DENGAN NIAT DULU BEFORE TIDUR :
GRAFIK SATU
untuk panduan semua :) *cilok from facebook*

GRAFIK DUA



# malam ni terawih oi oii !! # ^__________^ jum sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini...

kepada tok imam terawih di sana, semoga menjadi imam yang disegani manusia :) saya doakan yang terbaik untuk awk, semoga ikhlas!..eheee

saya BUDAK umo 21 :)

Assalamualaikum w.b.t semua reader :)

Tanggal 13 Julai 2012, saya dah menjangkau umur 21 tahun okay ! Alhamdulillah, hooraayyy ! rasa dah besar sangat, umur dh makin ke 20-an kan.. baru tambah 1 ja pon,huhu.. Alhamdulillah ramai yang wish kt saya di facebook and sms pun ada.. happy sangat ! terima kasih kerana mendoakan saya, saya pun mendoakan kalian semua.. 


p/s : ignore the comments.. -,-

dah besar-besar ne saya harap saya boleh menjadi makin 'pandai' dalam melakukan urusan hidup.. bak kata orang, matured? haa,betul la tu tapi x harapkan sangat pun jadi matured sangat2, just mampu berfikir dan berdikari and juga tahu batas-batas as a muslimah..

Tuhan, tolonglah aku.. bimbinglah aku, andai aku sentiasa tersasar dari jalan-Mu, maka tunjukkan aku arah yang sebenar-benarnya,moga aku sentiasa selamat dunia dan akhirat... serta terimalah ampunanku ini........

Wednesday, 4 July 2012

SOLEHAH yang diidamkan di dunia dan akhirat

Assalamualaikum semua readers :)

dulu, xtaw pon macam mana nak jadi muslimah solehah, apa sebenarnya muslimah solehah tu.. cukup ker sekadar hanya dengan melakukan yang basics jer? contohnya, tutup aurat sekadar lulus-lulus macam tu jer.. then lama-lama tiba-tiba rasa nak search what is the right way to be the most precious girl in dunya and akhirah..

ada kata-kata berbunyi macam ni ' dunia hanyalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'
nak jadi wanita solehah bukan sekadar pada luaran semata-mata, bukan pada pemakaian kita jer.. tapi yang dalaman tu kena betul dulu.. akhlak kita bagaimana? akidah kita? terhadap Allah dan Rasul, taat ibubapa ker tidak? adakah kita semua sudah melakukan perkara yang disuruh Allah dan menjauhkan laranganNya?
pastu, ada pula remaja-remaja especially kata : jadilah seorang wanita yang baik, nescaya Allah akan mengurniakanmu seorang yang baik juga.. and one more: jaga la hubungan dengan Allah, cintai Dia sepenuh hati.. dan Dia akan menghantarkan kepadamu seseorang yang menjaga cintaNya juga..insyaAllah :)
semua ni BETUL... cuma atas kesedaran kita jer la nak buat macam mana, niat kita apa.. xkan cuma nak jodoh baik kot, rapat-rapat ngn Allah.. niat tidak menghalalkan cara yer kawan-kawan... that's why it is very important for us to refresh our niat everyday...


# semoga dipermudahkan segala urusan yang baik =)
wallahua'lam....
ya Allah, jadikanlah aku seperti ini sesuai dengan usahaku.. insyaAllah mujahadah itu pahit namun Allah Maha Pengasih ;')




uhibbukum filjannah !

HARI INI HARI ELAUN !

Assalamualaikum w.b.t kepada readers :)
semoga sihat selalu dan sentiasa mujahadah mencari cintaNya.. insyaAllah !


yeah, nothing can merry me today other than the news of getting 'duit gaji' ! Alhamdulillah.. ada juga sumber kewangan untuk hidup di IPBA ni kan...hehe

and today, petang ni, la ni jugak kawe nop g tubek beli bare ! di masjid jamek, my favorite place to shop clothes and scarfs ^__________^ bukannya ape, dh x sempat nak p masa lain. nak guna untuk ASK ME HOW di gambang this weekend.. semoga dipermudahkan segalanya !

# saya harap saya boleh guna duit ni dengan sehabis baik sem ni, almaklum la nak tett kan, ahaaa # =P

# saya memang suka buat kerja part time dalam kelas ponnn # =P


auch ! hehe 


- oh ya, semalam nifsu syaaban.. doakan semoga amalan kita semua diterima dan mendapat ganjaran di sisiNya.. banyak-banyakkan berusaha untuk mencari erti kehidupan sebenar.. :)



-semoga dipanjangkan jodoh kami-